Malaysia : Kilafairy Tolak Watak Seksi Untuk Kali ke-5 (2 Gambar)

Pelakon Kilafairy telah menolak sebanyak lima tawaran berlakon kerana dia menyatakan semuanya memerlunya untuk memegang watak seksi dan malah ada diantaranya meminta dia berkemban. Kilafairy mengambil keputusan menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu memalukan keluarga dengan isu-isu yang remeh serta ingin jauh dari sebarang kontroversi. 

Kilafairy yang pernah membawa watak seksi berkemban di dalam filem Karak telah mencetuskan pelbagai kontroversi. Pengalaman tersebut telah mengajarnya supaya lebih berhati-hati dalam memilih watak dan tak ingin mengulanginya lagi. 

Kilafairy juga menyatakan yang dia tak kisah sekiranya diberi kurang publisiti sebab keputusannya itu kerana yakin peminat dapat menilai hasil lakonan yang bagus.

Berhubung perkembangannya yang terkini, Kilafairy kini sibuk bersama kakaknya menguruskan sebuah butik bernama, Rack.


sumber

0 comments: