Hollywood : [Video] Pelakon Twilight Kencing Atas Karpet Di Lounge Airport L.A.

Pelakon Twilight Kencing Atas Karpet Di Lounge Airport L.A. 
Pelakon Bronson Pelletier dari Filem Twilight telah ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles kerana kencing di atas karpet Lounge lapangan terbang. Bronson adalah salah seorang daripada 'werewolf' dalam filem cinta remaja vampire tersebut. Sebelum insiden tersebut, Bronson telah diturunkan dari sebuah kapal terbang kerana terlalu mabuk dan tidak terkawal. Sementara pihak berkuasa cuba menenangkannya, Bronson terus kencing di hadapan orang ramai. Kemudian dia terus digari dan mungkin dipenjara enam bulan sekiranya didapati bersalah.



Video :
sumber

0 comments: