Malaysia : Emma Maembong "Jika saya terlepas laku dan terkasar bahasa, tolong tegur saya." (5 Gambar)

Emma Maembong "Jika saya terlepas laku dan terkasar bahasa, tolong tegur saya."
Siapa tak kenal Emma Maembong?
Emma yang dulunya hanya seorang pelukis ini telah beralih ke arena seni lakon. Walaupun, Emma yang baru berusia 21 tahun hanya bergiat dalam seni lakon untuk 6 bulan tetapi namanya sering menjadi sebutan orang ramai. Boleh dikatakan Emma adalah pendatang baru yang paling menonjol. Namun ramai orang begitu teruja dengan pendiriannya yang langsung tak bermegah tetapi sebaliknya selesa mengekalkan sikap merendah diri. Oleh sebab itu, Emma telah dipilih menjadi penyeri kulit muka depan SELEBRITI 2013 untuk Mymetro. Sepanjang temuduga untuk isu tersebut, Emma langsung tak habis-habis meminta maaf kepada semua pihak terutamanya iba bapanya sekiranya dia mengecewakan mereka atau tersalah kata. Selain itu, apabila ditanya mengenali isu teman lelaki atau istimewa, ini jawabnya :
Mengenai teman lelaki, Emma akui lebih selesa bersikap jujur. Daripada awal, dia tidak pernah merahsiakan hatinya dimiliki. Baginya, lebih baik berterus-terang bagi mengelakkan timbulnya kontroversi kemudian hari.
“Saya tak suka berahsia sebab esok lusa orang akan tahu juga. Daripada timbul isu, baik saya berterus-terang. Kekasih saya bernama Adly Azeem dan dia tua setahun daripada saya. Sudah dua tahun kami bercinta dan buat masa ini kami belum ada apa-apa perancangan.
“Hubungan kami direstui keluarga dan kami percaya andai ada jodoh, tak ke mana. Saya tak nak naik kerana kontroversi dan sebab itu selagi boleh elak, saya elak. Saya tak nak ada masalah. Saya mahu harungi kerjaya dengan tenang,” ka­ta­nya. sumber:mymetro
Dari pihak BM (bibirmerah), BM harapkan Emma Maembong terus bergiat aktif dalam seni lakon ini dan jangan biarkan segala kontroversi menyekat kejayaannya. 

Biodata ringkas Emma Maembong :
Nama Sebenar: Fatimah Rohani binti Ismail
Nama Glamor: Emma Ma'embong
Umur: 19 (2012)
Tarikh Lahir: 27 Mac 1992

Gambar SELEBRITI 2013 :

Gambar tambahan : 

0 comments: