Zhang Ziyi Memalukan Wang Lee Hom Dengan Menolak Pelukkannya (4 Gambar)

Zhang Ziyi Memalukan Wang Lee Hom Dengan Menolak Pelukkannya.
Penyanyi pop terkenal, Wang Lee-hom telah dimalukan oleh Zhang Ziyi selepas dia telah ditolak semasa ingin memeluk pelakon wanita tersebut. Mereka berdua dilaporkan bertemu di Beijing dua hari lepas. Wang Lee Hom nampak terus menuju ke arah Zhang Ziyi dan ingin memeluknya. Zhang Ziyi yang melihat Wang Lee Hom begitu terkejut dan terus menolakknya. Insiden itu telah dirakam oleh ramai jurugambar serta lagi satu insiden apabila Lee Hom cuba peluknya untuk kali kedua tetapi juga ditolak. Zhang Ziyi kelihatan bersalah dan terus duduk di tepi Wang Lee Hom untuk menerangkan segalanya. Pengurus Zhang Ziyi telah memberitahu yang mereka berdua memang selalu peluk semasa bertemu tetapi bukan pada hari itu. Ini kerana Zhang Ziyi memakai dress yang belakangnya tak ditutup dan dia takut sedikit tarikan akan memalukan dirinya. 

0 comments: