Kpop : Gambar SNSD Taeyeon Tarik Baju Yoona Menjadi Perbualan Orang Ramai (4 Gambar)

Gambar SNSD Taeyeon Tarik Baju Yoona Menjadi Perbualan Orang Ramai.
Satu siri gambar menunjukkan Girl's Generation SNSD Taeyeon menarik kolar baju Yoona telah mendapat perhatian ramai peminat SNSD. Satu video telah dimuat naik bertajuk 'Scary Leader Taeyeon grabs Yoons' collar' menunjukkan segalanya perbuatan Taeyeon. Video tersebut dirakam semasa SNSD membuat kejutan di SMTOWN untuk mempromosikan album terbaru mereka iaitu 'I Got A Boy'. Semasa insiden tersebut, mereka berdua tengah dikelilingi oleh ramai sekuriti dan tiba-tiba Taeyeon menarik kolar Yoona serta mengoncangnya. Tetapi selepas Yoona menerangkan sesuatu kepada Taeyeon, dia terus melepaskan tangannya dan terus senyum tersengih. Apakah yang berlaku sebenarnya?



0 comments: