Taylor Swift Dan Harry Styles (One Direction) Sah Berpisah Semasa Percutian Romantik Mereka (8 Gambar)
Posted by
AdminStressGiler
at
05:24
Taylor Swift Dan Harry Styles (One Direction) Sah Berpisah Semasa Percutian Romantik Mereka.
Nampaknya sekali lagi Taylor Swift tak berjaya dalam soal percintaan selepas dia dan Harry Styles (One Direction) disahkan berpisah selepas satu insiden perselisihan faham. Ini berlaku semasa percutian romantik mereka berdua di Virgin Gorda bermula pada 4 Januari yang lepas. Segalanya tak seperti yang dirancangkan kerana percutian mereka berakhir dalam masa yang singkat dan Taylor Swift didapati kembali ke Amerika Syarikat seorang diri. Sementara Taylor Swift berangkat balik, Harry Styles teruskan percutiaannya di pulau tersebut bersama peminatnya serta pemilik pulau peribadi tersebut. Beberapa gambar telah dimuat naik oleh peminat Harry menunjukkan dia tengah bersuka ria tanpa Taylor Swift.
Kronologi Percintaan Harry dan Taylor :
Mac 2012 - Harry dan Taylor diperkenalkan di 2012 Kids' Choice Awards.
April 2012 - Justin Bieber menyatakan Harry adalah artis paling 'hot' di dunia. Harry telah digambar tengah bercium dengan model Emma Ostily di NZ.
September 2012 - Harry dan Taylor membuat persembahan di MTV VMA.
Oktober 2012 : Harry memberitahu yang Taylor adalah seorang gadis yang sangat ayu. Secara jujurnya, tak ada orang yang semanis si Taylor. Dia adalah seorang gadis yang mantap serta berbakat katanya. Beberapa selepas itu, Taylor telah berpisah dengan teman lelaki Conor Kennedy.
November 2012 : Taylor membuat persembahan di X Factor, Harry datang untuk lihat persembahan tersebut.
Disember 2012 : Kedua-dua keluar ke tempat awam pada 2 Dis dan melawat zoo di NY.
Januari 2013 : Mereka berpisah pada 5 Januari semasa percutian kerana perselisihan faham.
0 comments: