'Phua Chu Kang' Kami Ucapkan Selamat Tinggal (3 Gambar)

'Phua Chu Kang' Kami Ucapkan Selamat Tinggal.
Selepas dah 10 tahun berlakon sebagai kontraktor dalam but kuning. kini Phua Chua Kang atau nama sebenarnya Gurmit Singh ingin mencuba watak lain pula. Baru-baru ini, dia mengakui terpaksa menolak hajat penerbit meneruskan kesinambungan siri popular yang sudah 13 tahun menghiburkan penonton Singapura dan Malaysia. Bukan sombong atau berkira, namun dia menegaskan inilah waktu paling tepat untuk dia meninggalkan karakter yang sudah sebati dengan dirinya. Katanya semasa mempromosikan filem terbarunya 'Taxi,Taxi' :
“Umpama makan durian, walau sesedap mana pun, sampai satu tahap kita perlu berhenti. Bimbang nanti andai terus dinikmati tanpa had ia boleh mendatangkan kemudaratan.
“Begitu juga situasi yang saya hadapi. Bagi saya siri yang lebih sedekad dekat dengan penonton sudah sampai kemuncak sekali gus menandakan saya perlu berhenti setakat ini saja.
“Jadi sudah tiba masanya saya meneroka karakter lain kerana banyak lagi watak dominan yang teringin saya bawakan. Kita tidak perlu tamak,”
 Apa-apapun BM ingin mengucapkan terima kasih kepada PCK kerana telah menceriakan masa BM dulu. Itu adalah antara BM belajar English dari menonton TV. Semoga berjaya dan terus berjuang dalam industri perfileman. 

-->
sumber  

0 comments: