Model Remaja Di Kentucky Dicederakan Oleh Gadis Cemburu Dengan Pisau Cukur (4 Gambar)

Model Remaja di Kentucky, Nicole Kyaw yang mempunyai darah Asia ini telah diserang oleh dua orang gadis yang dikatakan cemburu dengannya yang tengah bercinta bekas teman lelaki salah seorang dari gadis itu. Salah seorang gadis itu menyerangnya sambil tersenyum menurut mangsa Nicole. Semuanya bermula apabila Nicole menyedari seorang gadis telah menulis mesej dalam Facebook yang menyuruhnya berhenti bercinta dengan lelaki tersebut. Insiden ini berlaku di Fayette Mall, Lexington. Mangsa dikatakan telah disepak hingga jatuh dan kemudian mukanya telah dicederakan dengan pisau cukur. Penyerang telah menjadikan muka Nicole sebagai sasaran dan meninggalkan tanga 'X' pada mukanya. Nicole dikenali oleh orang ramai di kota tersebut kerana telah bergiat aktif dalam modeling tempatan dan kini telah diambil oleh sebuah syarikat permodelan. Namun Nicole sangat kesal dengan perbuatan gadis tersebut serta orang ramai yang hanya melihat insiden tersebut tanpa menghulurkan bantuan. 

-->
 

0 comments: