Mereka Serius Dalam Percintaan Tetapi Belum Bertunang - Rozita Che Wan (3 Gambar)
Posted by
AdminStressGiler
at
06:47
Mereka Serius Dalam Percintaan Tetapi Belum Bertunang - Rozita Che Wan.
Betul ke mereka dah bertunang?
Pelakon Jelita Rozita Che Wan telah menolak andaian yang dia telah bertunang dengan pelakon Zain Saidin seperti yang dihebohkan. Namun, menurutnya mereka memang serius dalam menjalin hubungan tetapi belum ke tahap risik merisik atau bertunang. Kata Rozita atau Che Ta, "Pada saat ini hubungan kami masih lagi di peringkat mengenali hati
budi masing-masing, biarpun sudah lama berkawan. Kalau ada jodoh,
adalah. Biar Allah yang tentukan semuanya,"
Che Ta berkata, ketika ini dia masih sibuk dengan kerjaya lakonan dan
tidak ada masa untuk memikirkan soal perkahwinan. Bagaimanapun tidak
menolak kemungkinan jika jodohnya bersama jejaka berdarah kacukan itu.
Che Ta juga sempat meminta semua peminat mendoakan kebahagian mereka sekiranya mereka ditakdirkan bersama.
Zain baru-baru dalam satu temu bual memberitahu yang hubungannya
dengan Che Ta memang serius dan kalau ada rezeki, mereka akan berkahwin
pada tahun ini
0 comments: